Connect with us
Hot Selebriti

Eksklusif

WOWSHOP Kini Muncul Serba Baharu! Nak Tau Apa Yang Menarik?

Adakah anda termasuk dalam 2 juta pelanggan daripada lebih 6000 episod yang telah disiarkan? Ha ini ada berita baik untuk anda sebab WOWSHOP kini muncul dengan penampilan baharu.

Published

on

Siapa tak kenal dengan WOWSHOP, rangkaian beli-belah dari rumah yang sentiasa menjadi tumpuan seisi rumah tak kira mak, ayah, nenek, pak cik, mak cik dan jugak jiran sebelah. Adakah anda termasuk dalam 2 juta pelanggan daripada lebih 6000 episod yang telah disiarkan? Ha ini ada berita baik untuk anda sebab WOWSHOP kini muncul dengan penampilan baharu.

Bermula 1 November 2020, WOWSHOP bukan sahaja berwajah baharu tetapi turut menawarkan barangan baharu, servis baharu dan promosi terbaharu. WOW! Pastinya lebih segar, lebih berani dan lebih kegembiraan untuk pelanggan! Nak tau apa yang menarik?

Avatar Dalam Talian

WOWSHOP kini memperkenalkan Avatar Dalam Talian yang diberi nama SIS WOW untuk membina interaksi yang lebih dekat dan cepat dengan pelanggan. Nak tanya apa-apa boleh terus DM SIS WOW selaku pembeli peribadi atau personal shopper anda. Bukan tu jer, SIS WOW juga akan kongsi tip dan cadangan gaya hidup serta membimbing pelanggan dengan pelbagai maklumat untuk produk dan perkhidmatan  untuk membuat pembelian yang lebih baik dan lebih tepat.

 

Lebih Banyak Produk

Kini ada lebih daripada 5,000 barangan di pelbagai platformnya, daripada produk isi rumah hinggalah ke barangan elektrik, kecantikan, fesyen dan perkhidmatan . 70% barangan yang dijual di rangkaiannya terdiri daripada jenama tempatan termasuk Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel, Ariani dan Simplysiti.

 

Pelbagai Kaedah Pembayaran

WOWSHOP kini memperkenalkan pelbagai kaedah pembayaran termasuk bayaran e-Dompet seperti Boost, GrabPay dan Touch n’ Go E-Wallet untuk kemudahan pelanggan. Selain daripada kaedah tunai semasa penghantaran, pelanggan juga boleh memilih pelbagai kaedah pembayaran lain ketika mendaftar keluar semasa pembelian dalam talian.

Anda boleh menonton siaran demonstrasi WOWSHOP serba baharu ini di saluran TV3, ntv7,TV9 ,8TV, MYTV dan TONTON. Untuk pelanggan Astro, tonton di ntv7  saluran 147, 8TV  saluran 148 danTV9 saluran 149. Dah tengok lepastu berkenan pulak nak beli barangan daripada WOWSHOP, anda boleh pilih 3 cara mudah ini :

  • Hubungi talian bebas tol 1-800-18-0808
  • Beli dalam talian di hhtp://www.cjwowshop.com.my
  • Muat turun aplikasi mobil WOWSHOP daripada Google Play (Android) atau App Store (iOS)

Hidup Mesti Ada WOW!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest