Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

“Ya..Saya Dijangkiti Virus Covid19” – Ashraf Muslim

Get well soon…

Published

on

Pelakon Ashraf Muslim mengesahkan dirinya dijangkiti wabak Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak 12 April lalu.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Ashraf pada 15 April di laman Instagram menerusi video menyaksikan dia menaiki ambulan dan dalam perjalanan ke hospital.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Ashraf memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada pihak media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan.

Selain itu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu juga turut meluahkan kerinduannya terhadap keluarga, terutama pada isteri dan anak-anak yang terpaksa berjauhan.

Ashraf didapati positif Covid-19, sekembali menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu.

Beberapa krew produksi, pengarah dan pelakon drama terbabit turut disahkan positif, salah seorangnya ialah Puteri Aishah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest