Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Yana Larang Anak Cium Mulut

Yana amat mementingkan fasal pembersihan, imunisasi termasuk soal pendidikan seksualiti terhadap anak.

Published

on

Pelakon Yana Samsudin akui terkejut apabila anaknya Aisy Marteen yang berumur tiga tahun bertindak mencium mulutnya ketika Yana sedang membuat IG Live bersama pengikut, biarpun sudah dilarang beberapa kali.

Yana menceritakan perkara itu menerusi laman Instagramnya pada Selasa, sambil menegaskan amalan mencium mulut bukanlah budaya serta ajaran Islam dan menasihati anaknya untuk tidak melakukan perbuatan itu.

View this post on Instagram

Baru semalam tegur @aisymateen Dan saya share pengalaman saya di FanPage Facebook saya. Hari ni dia buat lagi masa live di Insta… #NasibBaikMasihKecikLagi 😅 . . Sebenarnya saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti . . . Mulut juga adalah bahagian private part. Private part tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing) Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan… . . Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecik kecik kita dah biasakan. Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran islam. ✌🏻 -HaruslahLove !! #Tipsbolehgunapakai #ParentingTips #Sexu4lEducation #TegurSekarangJanganMenangisKemudian . . Video panjang macam mana saya ajar anak saya boleh tengok kat youtube saya … klik link di bio ☝🏻

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Lantas, perkongsian Yana itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata menyokong pendapat yang diberikan.

Apa pendapat anda? Komen di bawah.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest