Connect with us
Projek Radio

Inspirasi

“Yang Boleh Patahkan Sayap Isteri Adalah Suami, Yang Boleh Buat Isteri Terbang Berjaya Juga Suami” -Pavithra

So sweet..

Published

on

Pada 24 Jun lalu, Berita Harian melaporkan bahawa pengguna Youtuber sensasi Pavithra tidak akan menjadi peragawati sebaliknya mahu terus lakukan rutin harian seperti biasa dengan memasak dan berkongsi kandungan di laman berkenaan.

“Saya hanya penuhi permintaan portal. Ia menjadi sesi fotografi pertama dan terakhir saya.”

Sesi fotografi berkenaan dijalankan bagi mengabadikan transformasi wajah Pavithra atau nama penuhnya, S Pavithra, 28, kepada pesona anggun.

Dalam pada masa yang sama, Pavithra menyatakan bahawa dirinya amat bersyukur kerana percubaannya beroleh pendapatan menerusi perkongsian video memasak di laman itu.

Berkongsi kejayaannya bersama keluarga, Pavithra menyatakan sokongan dan bantuan daripada suaminya dari segi meluangkan masa, memasak bersama dan merakam video untuknya juga amat membantu walaupun suaminya agak pemalu.

Hiasi Muka Depan Majalah 'Pepatung', Ramai Terpukau Kecantikan ...

“Yang boleh patahkan sayap isteri adalah suami, yang boleh buat isteri terbang dengan jayanya juga suami,” ujarnya.

Buat masa ini juga, mereka mahu fokus menghasilkan video menarik untuk meningkatkan lagi jumlah pengikut.

Untuk makluman, Pavithra dan suaminya M. Sugu baru sahaja berjinak-jinak dengan saluran Youtube pada akhir Januari Lalu.

Sehingga kini, mereka berjaya mendapatkan peningkatan jumlah pengikut yang bukan sahaja daripada rakyat Malaysia malah daripada luar negara.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest