Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Yuna Angkat Nilai Warisan Melayu Menerusi Tarian Lagu Baharunya

Satu perkara yang wajar dicontohi oleh anak seni yang lain..

Published

on

“Sebenarnya sudah lama saya mahu memasukkan elemen tarian dan menari dalam persembahan. Tapi, saya tidak punya keberanian itu sebelum ini dan risau cakap orang.”

Itulah luahan Yuna yang mahu menonjolkan elemen tarian tradisional dalam setiap persembahan bagi memaparkan dirinya adalah anak jati Melayu yang cintakan budaya Malaysia.

Bagaimanapun, semalam menerusi satu festival yang diadakan di Genting Highlands Yuna telah memulakan persembahannya dengan paparan yang berlatarbelakangkan mahkota tradisional.

“Saya mendapat keyakinan apabila suami memberi sokongan. Lagipun, saya rasa penting untuk menari dalam persembahan supaya lebih hidup.”

Penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya itu juga mahu tarian menjadi sebahagian daripada persembahannya sekarang sesuai dengan konsep album baharunya berjudul Rogue.

Yuna yang kini berpengkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat kini dalam rangka menjayakan siri jelajah di sekitar AS dan Eropah.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest