Connect with us
alt_img

Rilis

Yuna Dan G-Eazy Cipta Magis Menerusi Blank Marquee

Selepas melancarkan lagu Forevermore, penyanyi bersuara unik Yuna kini tampil pula dengan single terbaharu berjudul Blank Marquee.

Published

on

Selepas melancarkan lagu Forevermore, penyanyi bersuara unik Yuna kini tampil pula dengan single terbaharu berjudul Blank Marquee.

Namun, kali ini beliau bekerjasama bersama bintang rap Amerika Syarikat (AS) G-Eazy. Wow!

Untuk pengetahuan, ini merupakan kolaborasi kali kedua mereka bersama selepas lagu ‘Light and Camera’.

Seperti lagu Forevermore, muzik video Blank Marquee diarahkan oleh suaminya sendiri, Adam Sinclair dan Malaysia sekali lagi dipilih sebagai lokasi utama penggambaran dengan menonjolkan imej bandaraya Kuala Lumpur termasuk di sekitar Bukit Bintang.

Muzik video Blank Marquee telah pun dimuat naik tepat jam 12 tengah malam Khamis di saluran YouTube rasmi Yuna.

Dalam perkembangan lain, Yuna bakal mengeluarkan album berjudul ROUGE pada Julai ini.

Menariknya, Yuna turut memasukkan lagu bahasa melayu di dalam album Inggeris berkenaan berjudul Tiada Akhir selain menggabungkan penyanyi-penyanyi hebat seperti Jay Park dan Tyler, The Creator!

Senarai trek penuh ROUGE:

  1. Castaway (feat. Tyler, The Creator)
  2. Blank Marquee (with G-Eazy)
  3. (Not) The Love Of My Life
  4. Teenage Heartbreak (with MIYAVI)
  5. Pink Youth (with Little Smiz)
  6. Forget About You
  7. Likes (with KYLE)
  8. Amy (with Masego)
  9. Does She (with Jay Park)
  10. Forevermore
  11. Tiada Akhir

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest