Connect with us
Projek Radio

Onz

Yuna Luah Rindu Terhadap Arwah Ashraf Sinclair

Al-Fatihah…

Published

on

Pada 18 April lalu, genap dua bulan arwah pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair meninggal dunia.

Yuna menerusi laman Instagram miliknya meluahkan perasaan rindu terhadap arwah abang iparnya itu selain masih tidak percaya bahawa Ashraf telah pergi buat selamanya.

Antara potongan kapsyen Yuna ialah…

Selain mengimbau memori terakhir bersama Ashraf dan Bunga ketika di Los Angeles, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu turut menyifatkan arwah seorang abang yang sangat penyayang dan sering memberikan kata-kata semangat kepada Yuna.

Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Arwah meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest