Hiburan
Yuna Pilih Perlis & Kuala Lumpur Untuk Klip Video Forevermore
Tahniah Yuna! Kerana bakal melancarkan single baharu berjudul Forevermore pada bulan depan, dengan meletakkan Malaysia sebagai subjek utama penceritaan pada kali in
Tahniah Yuna! Kerana bakal melancarkan single baharu berjudul Forevermore pada bulan depan, dengan meletakkan Malaysia sebagai subjek utama penceritaan pada kali ini.
Untuk lagu Forevermore, apa yang boleh saya katakan ia kedengaran agak berbeza daripada lagu-lagu sebelum ini. Secara teknikal, peminat mungkin akan menyedari banyak elemen baharu diterap.
Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, kisahnya diinspirasikan daripada PRU-14 yang memberikan gambaran tentang kecintaan seseorang terhadap tanah air.
Yuna turut menjelaskan, klip video untuk lagu tersebut akan memaparkan jalan cerita yang menarik.
Tidak menjadikan destinasi antarabangsa sebagai lokasi penggambaran, Yuna sebaliknya memilih untuk mengabadikan Perlis dan Kuala Lumpur dalam klip video berkenaan.
Diarahkan oleh suaminya, Adam Sinclair, Yuna memberitahu pemilihan Perlis dan Kuala Lumpur adalah disebabkan landskap menarik yang ada di beberapa tempat di dua negeri tersebut.
Sungguhpun merakamkan klip video di negara sendiri, Yuna positif visual Forevermore dapat diterima dengan baik oleh peminatnya secara global.
Kalau dilihat dari segi selera pendengar, mereka yang berada di luar negara dahagakan sesuatu yang baharu. Justeru, saya berasa sangat yakin klip video ini dan lagunya dapat diterima dengan baik oleh khalayak.
Menurutnya juga, setakat ini, syarikat rakamannya sedang merancang untuk menerbitkan album terbaharu selepas raya.
All the best Yuna!
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya