Connect with us
Nite Jam

Selebriti

Yusuf Iskandar Dapat Adik, Pesanan Hairul Azreen Bikin Sebak!

“Jaga adik, jaga mommy, jaga si gemok Jibu”

Published

on

Pelakon Hanis Zalikha selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah baru baru ini.

Sama seperti anak pertama mereka, Yusuf Iskandar yang mempunyai akaun Instagram @theyusufiskandar, Alisa juga telah mempunyai akaun Instagram rasminya, @thealisaaisyah.
Menerusi akaun instagram Yusuf, suami Hanis, Hairul Azreen turut menulis pesanan buat Yusuf, dan pesanan tersebut mengundang rasa sebak di kalangan netizen.

“Yusuf nanti bila dah boleh baca, Daddy just nak pesan Yusuf sebagai abang yang sulung, Yusuf kena jaga adik, kena jaga mommy, jaga si gemok Jibu, dengar mommy!”

Hairul juga berpesan kepada Yusuf agar bersedia mengambil tanggungjawab yang besar sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadapnya.

“Kalau apa-apa jadi kat daddy, Yusuf kena ambil tanggungjawab itu, bila Yusuf rasa takut/sedih/tak tau nak buat apa, ada masalah, doa banyak-banyak pada Allah sebab itu yang kami selalu buat.”

“Sentiasa sebut benda yg baik-baik sebab kata-kata itu adalah doa yang melantun, bak kata mommy jangan mudah give up , cuba yang terbaik yang kita mampu sebab the best never rest.”

So sweet!
Tahniah kepada Hanis, Hairul dan Yusuf!

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest