Connect with us
Geng Pagi Hot

Filem

Zharfa Filem Sulung Kaka Azraff

Kaka berharap filem Zharfa dapat menjadi platform buatnya menembusi pasaran Indonesia.

Published

on

Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff bakal tampil denganĀ filem sulungnya, Zharfa.

Menariknya, filem kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia itu bakal menyaksikan percubaan pertama Kaka bermain dengan emosi penonton.

ā€œPaling mencabar, saya perlu menjiwai babak Zharfa menangis bila bertemu bapa kandungnya dalam filem ini.

ā€œSelain itu, saya turut luka ketika menjayakan babak aksi dalam filem ini.

ā€œMujur pengarah banyak membantu saya menjiwai babak itu seperti dikehendaki skripnya dengan baik,ā€ katanya ketika ditemu bual wartawan Ramlah Zainal.

Kaka teruja menantikan reaksi penonton dan berharap filem itu menjadi platform buatnya menembusi pasaran Indonesia

ā€œPada masa sama, saya tidak sabar menanti reaksi penonton pada filem sulung ini.

ā€œWalaupun masih dalam tempoh berpantang dan berbaki lagi 20 hari, saya tetap mahu menjayakan promosi untuk filem ini,ā€ ujar Kaka atau nama penuhnyaĀ Nor Atiqa binti NoorĀ Azraff.

Selain Kaka, filem arahan pengarah Indonesia, Ruli Wanisar itu menampilkan pelakon dua negara berjiran iaitu Donny Alamsyah, Bentari Ayu, Shelomita, Qazem Noor dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest