Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Zul Ariffin Enggan Sorok Soal Kahwin

Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin mendedahkan dia tidak akan menyembunyikan soal statusnya apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. 

Published

on


Pelakon popular berbadan sasa, Zul Ariffin mendedahkan dia tidak akan menyembunyikan soal status apabila dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Saya tidak akan berkahwin sorok-sorok. Apabila sampai masanya nanti, pasti saya beritahu. Dah tak lama pun,” katanya. 

Sebelum ini timbul gossip bahawa Zul sudah berumah tangga bersama seorang wanita Ukraine bernama Tanya Glembotska, namun pelakon drama Rindu Awak 200% itu menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Zul, meskipun dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi bersama seorang gadis yang masih dirahsiakan identitinya itu, dia hanya mahu mengadakan sebuah majlis sederhana.

“Cuma, apabila berkahwin nanti, saya tidak akan buat majlis besar-besaran. Memadai sederhana saja,” katanya lagi.

Wah, siapakah gadis yang bertuah memiliki hati Zul Ariffin ini agaknya kan?
Sebelum ini, Zul pernah dikaitkan kisah cinta bersama seorang lagi gadis kacukan iaitu pelakon, Zahirah Macwilson namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Biarpun Zahirah kini sudah menemui pengganti iaitu bersama pelakon, Aiman Hakim Redza, Zul mengakui gembira dengan perkembangan itu dan mengucapkan tahniah.

“Hubungan itu adalah yang terbaik buat mereka. Zahirah dan Aiman masih muda, banyak benda yang boleh dilakukan bersama. Layarilah hubungan dengan sebaiknya dan raikan kehidupan ini,” ujarnya. 

Didoakan Zul cepat-cepat naik pelamin ya.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest